Jul 2, 2018

W.I.P Karya 2 #1

(Masih lagi dengan) meneliti memori zaman silam saya dengan kartun animasi tahun 1930-an, saya cuba mendapatkan 'feel' animasi sel klasik hitam putih dengan background berasaskan watercolor.

Saya telah menghasilkan 'sebelah' lukisan latarbelakang menggunakan ink - berdasarkan struktur dan bentuk pohon beringin: satu ruang untuk animasi pintu(gate) di bahagian tengah bawah, satu platform untuk 'penjaga' dan unsur air di bahagian bawah. Kebanyakan elemen ini diolah semula berdasarkan bentuk gunungan dari Jawa - dengan pre-planning untuk animasi dalam proses seterusnya.



Gambar : Setelah diedit dan dibalikkan secara bertentangan untuk mendapatkan simetri
Nota : Agak menarik untuk mendapatkan hasil yang 'unexpected' dari ubahsuai imejan hitam-putih (mirrored). Hasil background ini memberi saya satu persoalan mengenai 'mengapa menzahirkan dunia dengan bentuk simetri'. Walaupun kita mengetahui mengenai sifat hidupan yang berfitrah 'simetri', persoalan ini memberi peluang kepada saya untuk menjenguk falsafah bijak-pandai terdahulu dalam memanifestasikan 'dunia' dalam simbol Pohon Beringin.

Melihat latarbelakang ini sudahpun memberi pelbagai 'cadangan' pergerakan animasi kepada kepala saya. Cis! Nampaknya menyediakan 'pentas' memang penting untuk perkembangan seterusnya.


W.I.P Karya 3 #1

Dari penulisan saya berkaitan hubungan-hubungan yang saya anggap wujud di antara Pohon Beringin dan karya-karya Hayao Miyazaki/Ghibli Studio...