Gambar 1 : Contoh bentuk Pohon Beringin/Gunungan/Kayon dari Malaysia dan Indonesia. |
Secara peribadi, saya melihat Pohon Beringin sebagai satu simbol yang merangkumi falsafah dalam keseluruhan persembahan wayang kulit - satu representasi kepada dunianya yang sendiri, dan cerminan kepada hidup manusia dan alam. Motif yang sarat pada komposisi Pohon Beringin (termasuk karakter dema-dewa mitologi, binatang dan tumbuhan) memberi satu 'pictorial narrative' yang sangat berpotensi untuk dianimasikan.
Penting untuk dinyatakan di sini bahawa projek ini bukan bertujuan untuk menghasilkan 'Pohon Beringin bentuk baru' namun proses ini saya anggap penting dalam konteks eksplorasi formalistik dan pemahaman berkaitan falsafah yang terkandung dalam bentuk seni tradisional ini.
Gambar 2 : Lakaran Pohon beringin dihasilkan dan disalin ke arah bertentangan untuk menghasilkan imej simetrikal |
Pohon Beringin dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu alam bawah, alam semulajadi, dan alam atas (/syurga). Dalam gambar 2, lakaran untuk 'Alam Bawah' direpresentasikan dengan akar yang berbelit dan berduri. Penting untuk dinyatakan di sini, dalam proses menghasilkan animasi, imaginasi berkaitan pergerakan/animasi biasanya sudah di 'pre-set' di dalam minda pengkarya walaupun dalam lakaran awal. Satu bukti bahawa para penganimasi mungkin sudahpun mempunyai 'pre-conceived animation' di dalam minda sebelum mula dengan proses penghasilannya. Mungkin juga tok dalang dahulu juga sudah ada 'pre-concieved' animation ini semasa menghasilkan design watak-watak wayang mereka?
Bacaan tambahan : Sekilas apresiasi Pohon Beringin (dari perspektif metafizik) oleh Prof Madya Hasnul J. Saidon di sini