Karya-karya dari Ghibli Studio kebanyakannya bertemakan 'environmental' dengan imej-imej alami yang sarat (termasuk latarbelakang cat air yang hebat!). Namun apa yang membuat karya mereka berbeza adalah naratifnya yang lebih berat dan melihat 'nature' dari perspektif dan budaya tempatan. Salah satu contoh yang baik adalah 'Princess Mononoke' dan 'Pom poko'.
Setelah banyak membaca, memerhati dan memahami hal-hal berkaitan 'viewpoint' bijak pandai tradisional (terutamanya dalam penghasilan Pohon Beringin), saya dapat merasakan bahawa karya-karya Ghibli Studio adalah 'Pohon Beringin' Miyazaki (dan Isao Takahata juga) - Banyak pergolakan 'good vs evil', keseimbangan manusia dan alam (persis kesimetrian dan falsafah keseimbangan Pohon Beringin), mesej mesej tempatan dan karakter-karakter fantastikal yang diolah dari budaya dan 'folklore' jepun. Ia juga diolah dengan visual yang terperinci dan mengasyikkan.
It's good to note yang saya tidak membandingkan filem-filem ini dengan wayang kulit secara keseluruhan, tetapi karakteristik Pohon Beringin. Malah bagi saya ia lebih signifikan. Mungkin saya akan tulis dengan lebih terperinci mengenai pendapat saya ini nanti.
Saya tidak akan ulas filem-filem animasi ini di sini. Harap kamu dapat tonton sendiri.
Untuk pembacaan lanjut, boleh juga lihat di sini.
Salah satu scene dari filem animasi 'Princess Mononoke' (1997) |
Pohon Beringin dan rekabentuknya memberi simbol kepada kosmologi Alam Melayu |