Jul 11, 2018

W.I.P Karya 3 #1

Dari penulisan saya berkaitan hubungan-hubungan yang saya anggap wujud di antara Pohon Beringin dan karya-karya Hayao Miyazaki/Ghibli Studio sebelum ini, saya telah menghasilkan satu karya animasi yang tidak bersandar pada 'bentuk fizikal' Pohon Beringin.

Saya bercadang menghasilkan siri ini sebagai satu siri mantra, atau kata-kata yang diulang selari dengan visualnya - dan kata-kata ini adalah berdasarkan sifat dan falsafah Pohon Beringin. Untuk permulaan, saya menggunakan sifat 'vertikaliti' Pohon Beringin (Dari dunia nafsu di bawah dan menuju kepada tuhan ke atas). Berdasarkan video yang direkod, saya menyebut 'Dari bawah, sampai atas' dengan berulang-ulang.

Animasi berbentuk morphology dan dibuat dalam loop (continuous, dengan frame terakhir adalah sama dengan frame pertama). Karya ini dibuat secara spontan, dengan bayangan-bayangan beasts akan bertukar kepada bentuk-bentuk tumbuhan, namun secara spontan ia berakhir dengan telur? (dan tangan yang berdoa dan menyapu muka). Saya ada merancang menghasilkan bentuk 'morphing animation ini' dalam bentuk-bentuk yang lain sebagai tribute kepada konteks historikal Pohon Beringin yang rekabentuknya berubah kepada '100% Fauna' setelah kemasukan Islam di Asia Tenggara.

Semasa saya menghasilkan karya ini, isteri saya menegur 'awak ni memang suka tengkorak eh?'. Mungkin saya patut tulis perkara ini disini untuk rujukan peribadi.




Jul 10, 2018

Nota / Reflection : Pohon Beringin dan Ghibli Studio

Saya adalah seorang peminat animasi dari karya-karya Ghibli Studio, terutamanya arahan Hayao Miyazaki. Bermula dengan anime 'My Neighbour Totoro', saya telah mula menonton karya-karya lain dan jatuh cinta dengan anime dari studio ini.

Karya-karya dari Ghibli Studio kebanyakannya bertemakan 'environmental' dengan imej-imej alami yang sarat (termasuk latarbelakang cat air yang hebat!). Namun apa yang membuat karya mereka berbeza adalah naratifnya yang lebih berat dan melihat 'nature' dari perspektif dan budaya tempatan. Salah satu contoh yang baik adalah 'Princess Mononoke' dan 'Pom poko'.

Setelah banyak membaca, memerhati dan memahami hal-hal berkaitan 'viewpoint' bijak pandai tradisional (terutamanya dalam penghasilan Pohon Beringin), saya dapat merasakan bahawa karya-karya Ghibli Studio adalah 'Pohon Beringin' Miyazaki (dan Isao Takahata juga) - Banyak pergolakan 'good vs evil', keseimbangan manusia dan alam (persis kesimetrian dan falsafah keseimbangan Pohon Beringin), mesej mesej tempatan dan karakter-karakter fantastikal yang diolah dari budaya dan 'folklore' jepun. Ia juga diolah dengan visual yang terperinci dan mengasyikkan.

It's good to note yang saya tidak membandingkan filem-filem ini dengan wayang kulit secara keseluruhan, tetapi karakteristik Pohon Beringin. Malah bagi saya ia lebih signifikan. Mungkin saya akan tulis dengan lebih terperinci mengenai pendapat saya ini nanti.

Saya tidak akan ulas filem-filem animasi ini di sini. Harap kamu dapat tonton sendiri.

Untuk pembacaan lanjut, boleh juga lihat di sini.

Salah satu scene dari filem animasi 'Princess Mononoke' (1997) 















Pohon Beringin dan rekabentuknya memberi simbol kepada kosmologi Alam Melayu

Jul 9, 2018

W.I.P Karya 2 #2

Tak sempat post dalam seminggu dua ni. Made some addition and editing.

Kerbau ala-ala Max Fleischer/Disney, pintu yang menari dan bergerak (mengingatkan saya pada Mickey Mouse : Fantasia di mana objek2 seperti penyapu bergerak sendiri), karakter 'Kala' (Kala adalah dewa waktu dalam mitologi Wayang Kulit dan memang selalu ada dalam rekabentuk Pohon Beringin) dan ada jerung circling in the pond. Watak dewa Kala ditambah dengan tangan 'rubberhose' yang berhayun secara loop dan sarung tangan yang biasa digunakan pada karakter-karakter kartun klasik.

Dalam filem animasi greyscale klasik, terdapat perbezaan ketara antara imej yang boleh bergerak (karakter/prop) dan background yang statik (watercolor). Semasa kecil dulu saya suka mengagak apa yang akan berlaku berdasarkan 'warna' karakter (contohnya terdapat satu laci yang berwarna lebih terang pada sebuah almari, bermakna laci itu akan dibuka). Dalam karya ini, saya cuba 'tune' color untuk tidak terlalu sama dengan latarbelakang untuk mendapatkan efek yang sama.

Kartun dan animasi yang saya tonton masa kecil dahulu memang memiliki elemen seram dan surreal yang aneh. Kemungkinan pada waktu itu producer dan para animasi sedang mempergunakan medium animasi dalam kadar yang maksimum - bermakna eksplorasinya harus lebih extreme dari video biasa dan animasi dieksploitasi sepenuhnya.

Sementara Pohon Beringin, mempunyai satu 'keseraman' yang berbeza - motif haiwan mitologikal dan motif tumbuhan berdasarkan 'tingkat-tingkat' dunia. Saya berharap sesuatu akan berbuah dari karya ini. Mungkin juga saya akan cuba masukkan bunyi (klasikal? atau lagu iringan wayang kulit?) untuk mencuba keserasian movement dan sound.





Jul 2, 2018

W.I.P Karya 2 #1

(Masih lagi dengan) meneliti memori zaman silam saya dengan kartun animasi tahun 1930-an, saya cuba mendapatkan 'feel' animasi sel klasik hitam putih dengan background berasaskan watercolor.

Saya telah menghasilkan 'sebelah' lukisan latarbelakang menggunakan ink - berdasarkan struktur dan bentuk pohon beringin: satu ruang untuk animasi pintu(gate) di bahagian tengah bawah, satu platform untuk 'penjaga' dan unsur air di bahagian bawah. Kebanyakan elemen ini diolah semula berdasarkan bentuk gunungan dari Jawa - dengan pre-planning untuk animasi dalam proses seterusnya.



Gambar : Setelah diedit dan dibalikkan secara bertentangan untuk mendapatkan simetri
Nota : Agak menarik untuk mendapatkan hasil yang 'unexpected' dari ubahsuai imejan hitam-putih (mirrored). Hasil background ini memberi saya satu persoalan mengenai 'mengapa menzahirkan dunia dengan bentuk simetri'. Walaupun kita mengetahui mengenai sifat hidupan yang berfitrah 'simetri', persoalan ini memberi peluang kepada saya untuk menjenguk falsafah bijak-pandai terdahulu dalam memanifestasikan 'dunia' dalam simbol Pohon Beringin.

Melihat latarbelakang ini sudahpun memberi pelbagai 'cadangan' pergerakan animasi kepada kepala saya. Cis! Nampaknya menyediakan 'pentas' memang penting untuk perkembangan seterusnya.


W.I.P Karya 3 #1

Dari penulisan saya berkaitan hubungan-hubungan yang saya anggap wujud di antara Pohon Beringin dan karya-karya Hayao Miyazaki/Ghibli Studio...