Projek ini adalah satu kajian berasakan praktis studio (Practice-based Research) berkaitan penghasilan karya membabitkan tiga elemen utama iaitu animasi (medium) - gelungan (loop) - Pohon Beringin (Subject Matter). Satu eksplorasi tiga penjuru membabitkan pemerhatian/aplikasi berkaitan animasi sebagai satu medium yang 'pervasive', gelungan (loop) sebagai satu konsep komunikasi baru yang telah muncul semula terutamanya dalam dunia online, dan Pohon Beringin, sebuah simbol yang penting dalam persembahan wayang kulit tradisional.
Latarbelakang kajian ini tidak akan diterangkan secara menyeluruh dalam blog ini (Ya boleh hubungi saya jika ingin tahu! :D) tetapi lebih menumpukan penulisan-penulisan reflektif dan dokumentasi berkaitan penghasilan karya di dalam studio.
Terima kasih