Jun 8, 2018

Critical Reflection #1

Sepanjang perjalanan projek ini, ada beberapa perkara yang telah saya ambil pedoman - kebanyakannya mengenai 'kesedaran' semasa berkarya. Dan saya rasakan ini adalah satu faktor yang paling penting dalam menjalankan kajian akademik yang berkaitan dengan praktis - untuk menyedari bahawa proses kreatif berlaku dengan sangat cair, subconscious dan spontan di dalam studio. Tanpa memasang niat untuk 'menyedari' apa yang sedang kita lakukan, maka kita tidak akan sedar.

Ada beberapa perkara yang telah berlaku dalam seminggu yang lepas, di dalam dan di luar studio. Pertama adalah pre-planning yang berlaku di dalam minda (kadang-kadang diterjemah ke atas kertas sebagai nota dan sketch dan kadang-kadang disimpan sahaja di dalam minda untuk menunggu perkembangannya secara imaginatif). Kedua adalah menghasilkan karya dalam studio - di mana 'decicion making' adalah sangat crucial untuk determine titik mula untuk menghasilkan karya. Ketiga adalah pembacaan dan review dari karya-karya seniman sebelumnya yang masuk ke dalam minda berselang-seli dengan idea dan digarap secara maya di dalam otak.

Di sini saya senaraikan cadangan perkembangan idea dan juga pendapat2 rawak untuk halatuju kajian ini, hasil dari apa yang berlaku beberapa hari lepas :

1. Berkaitan hal viewpoint seniman, dan apa yang berlaku di dalam minda sebagai satu proses kreatif yang kritikal. Dalam merancang karya berbentuk animasi, elemen pergerakan dan 'character design' sudah pun mula tervisual di dalam imaginasi. Dan ini mungkin berbeza bagi seniman berdasarkan budaya praktis masing-masing ; seorang photographer mungkin sudah ada sebuah viewframe di dalam mindanya, dan seorang pelukis catan mungkin sudah terbayang bentukan-bentukan dan warna dalam mindanya sebelum melahirkan sesebuah lakaran. Bagi saya, ini adalah 'essence' seorang seniman : di mana imej-imej yang muncul dari minda tidak sedar, dari memori dan pengalaman lama serta dan pemikiran-pemikiran dan pemerhatian terkini disusun dan dipilih di dalam minda untuk diterima sebagai satu idea yang 'secocok' dengan jiwanya.

2. Bagi saya, salah satu 'drive' utama dalam menghasilkan projek dengan medium animasi adalah minat dan memori saya terhadap rancangan kartun semasa kecil. Kartun bagi saya adalah satu inspirasi dan satu escapism dalam masa yang sama - di saat kerja sekolah adalah satu masalah besar dan melukis adalah satu hobi.

Sepanjang sesi brainstorming untuk menghasilkan karya dalam projek ini, minda saya tidak dapat lari dari imej kartun hitam putih yang 'menggeliat' dan bergetar (wriggly) persis animasi amerika tahun 1930-an seperti Felix The Cat, siri Silly Symphony, Popeye atau animasi awal Mickey dalam versi filem 'berkulat' dan visual cerah-gelap vignette kesan dari projeksi wayang. Walaupun karya pertama yang sedang saya hasilkan (rujuk di sini) mempunyai warna yang lebih terang dan pergerakan yang lebih realistik (bukan rubberhose animation seperti karya animasi 1930-an), namun saya pasti karya seterusnya akan berkait secara langsung dengan memori hitam-putih ini.

<>


Gif 1 dan 2 : Animasi Felix the Cat dan Popeye menggunakan potensi fleksibiliti animasi dengan menggunakan gaya rubberhose animation

3. Saya juga terfikir mengenai 'kedudukan' saya dalam menghasilkan karya begini - saya bersifat sentimental dengan memori semasa kecil dengan kartun, namun cuba memperjuang simbol dan falsafah tradisional seperti Pohon Beringin sebagai satu ekspresi bernafas tempatan (yang baru dikenali semasa belajar di universiti), dan hidup dalam dunia 'kini' yang lebih dinamik dan global. Masih lagi, saya akan cuba 'menghubungkan' ketiga-tiga elemen ini dalam naratif yang lebih personal.

4. Dalam karya pertama, fokusnya adalah kepada eksplorasi Pohon Beringin sebagai 'tapak' untuk permulaan eksplorasi visual/loop. Struktur bentuk (daun/pokok/gunung), format (segiempat tepat menegak/vertikal), elemen visual (hutan/alam/flora/fauna) digunakan sebagai rujukan kepada penghasilan animasi ini. Dalam eksplorasi ini fungsi loop mungkin akan lebih tenggelam dan ter'embed' dalam karya, bukan sebagai elemen utama.

5. Bercakap mengenai 'loop', terdapat 3 jenis loop yang kini menarik minat saya berdasarkan pemerhatian yang dijalankan - Mungkin saya akan jelaskan dalam post lain dan sertakan link di sini nanti.

W.I.P Karya 3 #1

Dari penulisan saya berkaitan hubungan-hubungan yang saya anggap wujud di antara Pohon Beringin dan karya-karya Hayao Miyazaki/Ghibli Studio...